BAJAU DEKAT DI HATI



Hey guys

Hari ni saya mau share dengan kamu semua tentang kehidupan masyarakat Bajau di Sabah.
Manatau kamu ada berminat sama orang Bajau kan ihakk. 



Jadi teruskan membaca blog saya okay...



Bangsa Bajau berasal dari Filipina dan merupakan bangsa bumiputra yang kedua terbesar di Sabah.

 Kawasan utama yang didiami masyarakat Bajau di Sabah ialah di Semporna dan kawasan Kota Belud.





Seperti bangsa-bangsa lain di Sabah, Bajau memiliki pelbagai adat dan budaya yang diamalkan dalam 
kehidupan. 


Tradisi yang paling saya gemari ialah mangalay iaitu sejenis tarian suku kaum Bajau.


 Ia ditarikan oleh kebanyakan wanita tetapi tidak dinafikan ramai juga lelaki Bajau yang handal dalam tarian ini. 






Nahhh.... Best itu mangalay!

Kalau mau belajar boleh klik sini



Baru kita boleh mangalay sama-sama kan 

Tapi kalau kita tengok-temgok, cantik pula kan baju  tradisional orang Bajau ini









Ini kawan lelaki saya  yang sedang memakai pakaian tradisional Bajau yang terdiri darrpada baju potongan cekak musang,seluar dan destar. Bagi yang perempuan pula, pakaiannya terdiri daripada blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak. 



Dan kalau kamu mau tengok lagi banyak jenis baju Bajau yang cantik-cantik,bolehlah datang ke sambutan Regatta lepa yang diadakan setiap tahun di Semporna. Sememangnya,Regatta Lepa adalh sambutan yang ditunggu-tunggu setiap tahun. 






Macam-macam acara yang diadakan semasa sambutan Regatta Lepa ini termasuklah pertandingan Ratu Lepa . Yang cantik ini adalah Ratu Lepa 2019. Tergugat iman kan ....
















Apa lagi yang kita mau tau ya...Ohh,makanan! Makanan orang Bajau ni kebanyakannya adalah makanan laut seperti Siagol,Latok dan Tayum.



Latok




 Siagol




 Tayum ( landak laut)

Hmmm terus saya rasa lapar pula meningu ni tau.. Saya pergi makan dululah yaa..

Banyak lagi yang saya ingin kongsikan dengan kamu semua , jadi jangan lupa untuk baca blog saya yang seterusnya..


Jumpa nanti!!

Comments